KEPERLUAN WANITA MENGANDUNG

{Keluarga terdiri oleh suami dan isteri tetapi penyeri bagi setiap perkahwinan adalah kelahiran ahli baru iaitu anak}


Setiap mereka yang bergelar suamiisteri mempunyai peranan yang penting yang seharusnya di titikberatkan agar dapat menjaga kesihatanan si kecil...

Mari di sini saya akan kongsikan perkara-perkara yang harus di elakkan oleh wanita mengandung.Jom check-list
 
1🌼SEDIAKAN DOKUMEN PENTING


Bagi mereka yang sedang menanti hari kelahiran,mereka kenalah memastikan dokumen penting lengkap dan siap,untuk memudahkan ibu bila di perlukan nanti dan pastikan simpan ditempat yang senang dicari.

2🌼BERHENTI MEROKOK


Bayi yang dilahirkan oleh wanita merokok semasa mengandung lebih cenderung mendapat berat kelahiran yang lebih rendah.Selain itu bayi berisiko untuk mengalami masalah pembelajaran daripada anak yang dilahirkan oleh ibu  yang tidak merokok.

3🌼PEMAKANAN SEIMBANG


Pemakanan seimbang membantu ibu mengandung terhindar daripada masalah-masalah kesihatan yang menjadi kebiasaan ibu mengandung hadapi seperti kolestrol,darah tinggi,kencing manis dan lain-lain.Hindari daripada makan yang kurang masak,tidak bersih dan makanan yang tinggi markuri,ibunmengandung kena ingat apa mereka makan bayi juga akan menerima sumber makanan daripada pemakanan ibu.Seeloknya,hindari daripada makanan-makanan tang tidak sihat untuk anda dan juga bayi di dalam kandungan.

Okaylah itu sahaja dari saya sebagai tambahan saya juga menyediakan keperluan lain untuk persediaan ibu dan si kecil nanti👇🏾

Apabila tarikh kelahiran bayi hampir tiba,ibubapa kenalah siap sedia untuk meyambut kehadiran malaikat kecil ini dan jangan lupa untuk check list persiapan si kecil ini supaya tak kelam kabut nanti🤭.

Apa yang perlu disediakan untuk persiapan ke hospital❓

1❤️TUALA


Bawa satu tuala khusus untuk ibu gunakan sepanjang berada di hospital.Tuala ini boleh digunakan untuk mandi dan sebagainya dan pastikan tuala jenis lembut dan ringan.

2❤️PAD BERSALIN/OVER NIGHT PAD


Ibu mengandung wajib ada pad bersalin untuk mengelakkan darah yang keluar selepas bersalin.Sekiranya perlu,pilih saiz yang lebih besar dan sediakan beberapa keping tambahan sebagai persediaan awal.

3❤️BAJU DAN KAIN BATIK ATAU SKIRT


Walaupun di hospital meminta ibu bersalin tukar pakaian yang telah disediakan tetapi saya sarankan untuk mereka(ibu bersalin) menyediakan pakaian lebih dalam 1 atau 2 pakaian.Manalah tahu tiba-tiba air ketumban pecah kita bolehlah gunakan pakaian lebih yang kita sediakan sebelum ke hospital.

4❤️STOKIN TEBAL


Stokin tebal sangatlah penting untuk ibu mengandung untuk mengelakkan kaki kesejukkan sehingga boleh menyebabkan masuk angin.

5❤️MINYAK ANGIN


Ia sangat penting untuk melegakan atau mengurangkan rasa pening,sakit perut,loya,muntah dan sebagainya.

6❤️TISU

Wajib sediakan tisu basah atau tisu kering untuk pelbagaip kegunaan kelak dan membantu memudahkan keperluan ibu dan bayi.

7❤️MAKANAN PEMBERI TENAGA



Makanan pemberi tenaga yang boleh di bawa adalah kurma atau protein ESP.Makanan ini membantu untuk memberikan tenaga yang berpanjangan semasa proses bersalin dan selepas bersalin.

8❤️KIT PENJAGAAN DIRI


Sediakan kid penjagaan diri seperti sabun mandi,shampoo,ubat gigi,berus gigi,lotion,deodoran atau sebagainya.Tidak perlu bawa dengan kuantiti yang banyak,hanya masukkan ke botol atau bekas yang kosong supaya tidak berlaku pembaziran.

9❤️SELUAR DALAM PAKAI BUANG IBU BERSALIN


Seluar dalam pakai buang amat sesuai untuk persedian ibu bersalin sepanjang berada di dalam wad.Ini boleh memudahkn ibu bersalin supaya tidak perlu bersusah payah cuci dan jemur pakaian di luar hospital.Selain itu,kita sudah sedia maklum di hospital tiada tempat kursus untuk jemur pakaian.Jadi seluar dalam pakai buang ini penting untuk persediaan ibu bersalin.
 
Sekian itu sahaja dari saya semoga perkongsiaan saya pada kali ini dapat membantu anda untuk menyediakan keperluan awal si kecil ada ibu❤️

Sekian terima kasih

Love tijah🫶🏽

Apa-apa pertanyaan bolelah hubungi saya di talian seperti berikut

Call : +6011160078003
Whatsapp : www.wasap.my/+601116007803
Instagram : n.tijah
Facebook : Nuratijah Tijah

#shakleelabuan
#agentsahshakleelabuan
#pengedarsahshakleelabuan
#nextlevelblogging
#setibumengandung


Comments

Popular Posts