3 DOA YANG BOLEH DIAMALKAN OLEH WANITA
Kelihatan cantik merupakan impian setiap wanita dan menjadi hal yang sangat manusiawi kerana naluri seorang wanita akan selalu meinginkan terlihat cantik secara raga dan jasmani setiap hari.Selain itu ada yang sanggup melakukan perawatan,membeli alat kosmetik lengkap dan mengeluarkan wang untuk membeli pakaian yang berjenama.
Akan tetapi sebenarnya para wanita juga boleh cantik dengan kerohanian iaitu doa kepada allah s.w.t setiap hari.Doa bermaksud perantaraan(komukasi)antara kita dengan tuhan di mana kita boleh memohon keampunan dan keredhaan allah s.w.t sebelum memohon perkara-perkara yang lain.
Di sini saya akan bagi 3 doa yang bagus untuk wanita :-
1)SURAH AL-WAQIAH ayat 35 hingga 38 untuk AWET MUDA
-Untuk kesegaran dan keremajaan tubuh badan luar dan dalaman,kita hendaklah minum air suam terlebih dahulu sebaik sahaja terbangun subuh.
-Minum dengan cara membiarkan air berkilir di dalam mulut lebih kurang 10 saat.
-Kemudian baru telan
-Selain itu,ia juga boleh di campurkan dengan sedikit madu mengikut sabda rasulullah s.a.w.
-Kalau tiada madupun boleh ja minum dengan air suam😊.
ERTINYA:-
"Sesungguhnya kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewah.Serta kami jadikan mereka sentiasa dara(yang tidak pernah disentuh),yang tetap mencintai jodohnya,serta yang sebaya umurnya(semuanya itu disediakan) oleh puak kanan."(Surah Al-Waqiah 35-38)
-Baca ayat ke 35 hingga ayat 38 dari surah Al-Waqiah sebanyak 7 kali.
-Kemudian tiup dalam air dan minum.
-Niat dalam hati untuk menjaga kecantikkan diri dan untuk kebahagiaan rumahtangga.
-Minum sebanyak 3 teguk sahaja.
Amalan ini perlu dilakukan setiap pagi(waktu subuh).Insyaallah,wajah kita akan kelihatan lebih muda daripada usia sebenar.
Selain minum,amalkan dengan cara membaca ayat 35-38 surah Al-Waqiah juga boleh dilakukan dalam hati tiap kali hendak mandi.Bacakan dalam hati sebaik curahan air yang pertama menyentuh kulit kepala sebelah kanan.
2)DOA NAIK SERI WAJAH
Buat mereka yang berhajat nakkan wajah yang sentiasa cantik,dikasihi suami dan rumahtangga bahagia,bolehlah amlkan doa berikut:-
Selepas selesai membaca ayat ke-4 Surah Yusuf,baca pula keratan akhir ayat 39 dari surah Taaha.
Ketika membaca ayat ini,jangan menyanbung terus dari ayat 4 suratul Yusuf.Harus berhenti sebentar dan kemudian barulah teruskan membaca potongan akhir ayat 39 Surah Taaha.
-Ulang kedua-dua ayat ini sebanyak 3 kali,kemudian sapu ke muka.
-Niatkan yang baik-baik sahaja di dalam hati.
-Memohon kepada allah sampaikan hajat kita melalui doa naikkan seri wajah dan pengasih nabi Yusuf ini agar mata suami sentiasa sejuk setiap kali memandang wajah isteri dan semakin dipandang,semakin bertambah kasih.
-Boleh juga diniatkan supaya orang sekeliling,di tempat kerja mahupun di tempat berniaga yang memandang wajah kita,rasa sejuk dan tidak jadi nak marah dan tak benci.
3)DOA DI HADAPAN CERMIN UNTUK SERI WAJAH
Setiap kali menghadap dan berhias di depan cermin,mulakan dengan senyum kepada diri sendiri kemudian baca doa ini:-
Maksudnya : "Dengan nama allah,sebagaimana engjau telah mencantikkan kejadian diriku(rupaku),maka cantikkanlah juga akhlakku.(Hadish sahih : Riwayat Ahmad Dan Ibnu Hibban)"
Dengan ini saya berikan sedikit doa semoga di permudahkan urusan kita untuk mencari redho amin.
Ingatlah tuhan tidak akan meninggalkan hambanya sama ada dalam keadaan apa sakalipun seperti susah mahupun senang‼️Kalau rasa tidak boleh cari tuhan meluah(berdoa) dan memohon agar semua masalah jumpa penyelesaiannya.Sekian itu sahaja ulasan dari saya mengenai 3 doa agar terlihat cantik setiap hari dan juga cepat-cepat menunaikan amalan ibadah yang perlu dilaksanakan.Amalkan 3 doa tersebut secara terus menerus supaya kelihatan cantik tubuh,wajah dan hati dengan cahaya yang terpancar tanpa henti setiap hari amin ya rabbal alamin.
Semoga perkongsiaan saya ini dapat memberi manfaat dan menjadikan kita muslimah sejati.
Love tijah🫶🏽
Apa-apa pertanyaan berkaitan produk SHAKLEE bolehlah hubungi saya atau layari laman media sosial saya,
Call : +601116007803
Whatsapp : www.wasap.my/+601116007803
Instagram : n.tijah
Facebook : Nuratijah Tijah
#doaberkat
#doabuatkaumhawa
#shakleelabuan
#agentsahshakleelabuan
#codshakleelabuan
Comments
Post a Comment