HIMPUNAN KATA-KATA MOTIVASI BUAT K.

Aips mesti ramai bertanya kenapa tajuknya himpunan kata-kata motivasi buat K?K membawa maksud kepada Kehidupan!

Dalam kehidupan ini,kita terlalu banyak mengeluh dengan ujian dunia dan ujian ini perlukan kekuatan mental juga fizikal.Kadang saya selalu nampak sesetengah anak muda sekarang senang stress,down,tidak puas hati,lemah,penat dan cepat putus asa oleh masalah harian.Hal ini menyebabkan mereka kehilangan keyakinan diri dan hala tuju.

Mari saya share sedikit kata-kata motivasi yang saya sudah terapkan dalam kehidupan saya.Insyaallah kita boleh amalkan dan jadikan pemangkin semangat buat diri.

Ia ini yang buat saya falling in love dengan ayat Al-Quran ini {faa in'naa maal'l'usri yusraa} 94:5 <maka sesungguhnya,di balik kesulitan ada kemudahan>.Kita sedia maklum bahawa kesusahan yang kita hadapi itu semua darinya dan dia tidak menguji kita lebih dari kemampuan kita🥰.


Seperti yang kita tahu,tuhan adalah sebaik-baik maha perancang dan dia jugalah yang memudahkan segala urusan yang kita lakukan.Dalam bergitu,hati kita tidak akan rasa gundah,takut dan was-was sebab kita letakkan kepercayaan kepadanya.Tahukah kamu tuhan menjadikan hati kita menjadi lembut bila kita cari dia dengan cara BERDOA.Masa ni mintalah apa-apa yang kita mahu,pinta dan mohon dengan ikhlas insyaallah bakal di kabulkan tetapi hanya masa dan waktu yang tepat akan termakbul❤️.

Nampak tak ayat tu👆🏼 *Seberat Apapun*.Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya -(Al-Baqarah:286).

Ayat ini adalah sesuatu keajaiban bagi saya untuk kuat sebab saya tahu tuhan uji sebab dia sayang dan dia cinta akan hambanya.Setiap kesulitan,kesempitan,kelemahan dan kekecewaan menjadikan diri saya kuat sampai sekarang.

Selain itu,Kita juga kena bersyukur dengan nikmat yang tuhan berikan apatah lagi dari segi rezeki.{waa'allahhu khairur'ro ziq'qin} QS.Al-Jumuah :11 [dan allah sebaik-baik pemberi rezeki].


Kamu tahukah,kadang saya ni overthinking juga sampai tercakap *kenapalah aku di uji sebergini rupa*?Rupanya saya leka dan lupa ramai lagi orang lain yang berat ujiannya dari saya.Tapi ayat Ar-Rum :60 {fa's bi'r in'na wa'h dal'lahhi haq'qan}.<Maka bersabarlah kamu.Sungguh,janji Allah itu benar>.Kita kena ingat sabar adalah kunci kejayaan buat untuk berjaya.


Percaya atau tidak kita hanya perlu berserah kepadanya maka dia akan membantu kita di setiap langkah yang kita jalani(tuhan)✨.

Buat mereka yang menyerah kalah dengan kegagalan percayalah kegagalan itu menjadikan suatu pengajaran buat diri dan setiap kebangkitan dari kegagalan itu,itu adalah erti usaha untuk berjaya.


Yeah betul kata Nelson Mandeis *Kejayaan terbesar dalam hidup bukan terletak pada tidak pernah jatuh,tetapi bangkit setiap kali kita jatuh💪🏼*.Jadi biarlah jatuh berkali-kali tapi akhirnya mempunyai hasil daripada jatuh tidak mempunyai kemajuan sama sekali😅.


Kan seperti yang saya katakan tadi biarlah kita gagal berkali-kali tetapi kita berani mencoba untuk membuktikan yang kita boleh lari dari kegagalan itu amin.

Saya doakan semoga kita sama-sama terus berusaha untuk meningkatkan kerjaya(imej) dan kehidupan harian kita🤲🏼.Dalam bergitu,jangan lupa untuk melakukan ibadah harian kita seperti mengaji,menderma,solat,berkongsi rezeki kerana tuhan suka akan hambanya yang sering berkongsi rezeki dan melakukan perintahnya iaitu ibadatnya.


Amin semoga kita seperti kata Ustaz Hanafi yang sentiasa berdoa,berusaha dan bersederhana dalam kehidupan harian dan kalau nak berubah lalukan kerana allah selagi diberi waktu.


Sebelum saya tutup tirai saya,saya kongsi sikit doa pembuka rezeki dan salawat ke atas nabi🫶🏽.



Sekian terima kasih,hanya ini perkongsiaan yang dapat saya berikan.Semoga kita diberikan kesihatan dan sentiasa dalam lindungannya amin🤲🏼.

Love,Tijah🫶🏽

Apa-apa pertanyaan bolehlah call atau chat saya di laman sesawang saya,

Facebook : Nuratijah Tijah
Instagram : n.tijah
Whatsapp : +601116007803

#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023


Comments

Popular Posts